 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...
 By: Nur Izan Syahriah Hussein
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 18-Apr-2008 19:49 |
Email | Share | Bookmark |
|
Swiss Alps
|
|
Sambungan dari entry ~ Luxembourg ~
Dari Luxembourg kami teruskan perjalanan ke satu tempat yang kiter tak sabar-sabar untuk tinggalkan tapak kaki kat situ iaitu Switzerland atau lebih spesifik lagi Swiss Alps. Dari Lux kami lalu Germany dan France, termasuk Strasbourg. Strasbourg was chosen as the headquarters of the Council of Europe. Since 1979 it has been the seat of the 15-member European Parliament and the European Court of Human Rights since 1994. Hehe ...ini semua info yg kiter dapat dr tour guide Kelana Convoy (KC). Hairul memang selalu bercerita sepanjang perjalanan dan kiter pula memang minat nak dengar. So tak pasal-pasal korang pun kena baca gak fakta-fakta ni. Jangan stress ok... .
Di Strasbourg, kami tengok sungai Rhine. River Rhine ni berasal dari Swiss Alps dan salah-satu sungai terpanjang di europe yang menjadi sempadan antara France dan Germany. Selepas melintasi border Switzerland, Hairul mula cerita ttg Swiss pula. Swiss, sejak WWI mengamalkan sifat neutral. Swiss tak memihak ke mana-mana negara. Terlibat dalam perang cuma untuk bantuan medical - RED CROSS. Disebabkan Swiss aman, negaranya mempunyai ekonomi yg kukuh dan menjadi tarikan untuk orang simpan duit. Mesti biasa dengar tentang Zurich Bank kan. Tambah menarik di Swiss ada bank yg hanya menggunakan nombor je sebagai ID while other details are disclosured .
Kos labor di Swiss sangat mahal, jadi untuk compete dengan world economy, Swiss go for Quality. Banyak produk berkualiti tinggi seperti big machinery dan precision engineering, e.g. jam, originated from Swiss. Mesti korang pernah dengar nama-nama brand Swiss ni spt Swatch, Tissot, Swiss Military & Victorinox. Jadi bila berada di Swiss, jgn lupa dapatkan barang-barang ni utk dibuat kenangan .
Satu jam sebelum sampai ke Interlaken, kami dah boleh nampak Swiss Alps yang terbentang di depan mata. Panoramic view dari kanan ke kiri. Hari cerah masa tu, SubhanaAllah cantiknya view. Kiter tak snap gambar sbb bajet nak ambil gambar diluar, takmo dari dalam bas yg of course akan ada reflection dari cermin bas. Rupanya panas masa tu je, bila kami sampai di Lauterbrunnen hari hujan membawa ke snowing. So view terbatas dek kabus.
60% pergunungan Alps berada di Swiss dan bahagian2 lain termasuk di dalam negara-negara seperti France, Austria & Itali. Jungfrau telah dikatakan puncak tertinggi dan dipanggil TOP OF EUROPE. Saya diberitahu sebenarnya puncak tertinggi ialah Mont Blanc. Jungfrau ialah 'most commonly accessible top of europe'. To be exact orang ramai bukan naik sampai Jungfrau (4158 m) pun tapi cuma boleh sampai Jungfraujoch je (3454 m). But still tinggi juga tuh... Kat atas tu tarikan paling utama ialah of course scenic view. Kami diberitahu jika snowing lebat spt yang berlaku semasa kami di sana, besar kemungkinan tak nampak view pun. Ada beberapa tourmate yg naik sampai ke Jungfraujoch pun kata mereka tak nampak nice view sbb keadaan terlalu berkabus dek snow turun lebat. Tapi masih boleh jalan indoor tengok Ice Palace dll. Untuk yang nak main sledge dan ski, Kleine Scheidegg (2061 m) is the best spot. Mr & Mrs Henri memang aim nak main dua benda ni so kami tak naik sampai Jungfraujoch tapi spend all day di Kl. Scheidegg.
Perjalanan naik ke Kl. Scheidegg dr Lauterbrunnen memakan masa lebih kurang sejam. Tapi terasa macam sekejap je sbb leka menikmati pemandangan yg sungguh cantik. Snow tengah turun lebat masa tu, so kiter dengan jakunnya menadah snow dr tingkap keretapi dan tak habis-habis bergambar, tu yg terasa perjalanan 1 jam tu sekejap jek. Kos keretapi masa tu:
Lauterbrunnen to Kl. Scheidegg - 50 Swiss Franc
Lauterbrunnen to Jungfraujoch - 135 Swiss Franc
Setelah sampai di Kl. Scheidegg, kerja giler aku pun bermula ... snow masih turun lebat so banyak spot ada snow membukit yang gebu-gebu gitu ... apa lagi...segala tempat kiter nak landing...segala tempat kiter nak panjat, terjun-terjun dan golek-golek . Bila tetiba snow turun lagi lebat ditambah ada angin kuat sket baru reti nak masuk dalam bangunan utk cari air panas (madah berhelah mr. henri jek ni sbb dia takut camera dia basah hahahah ).
Bila tengok snow lebat macam tu, kami pun cancellah niat nak ski. Tapi tetiba nampak mak cik (mak saudara Badrul) dan Nabil (anak badrul umur 7 thn) serta Farid (another tourmate) tengah syiok main ski. Kami pun disuntik semangat baru... Apaaaa?!!! Makcik Alimah yg umur 50an pun main ski?!!! Tabik...tabik ... takleh jadik ni... takleh dibiarkan ni ... teruslah kami pergi sewa sledge dan ski. Kos sewa:
Sledge - 10 Swiss Franc
Satu set ski utk adult - 63 Swiss Franc
Sewa kasut yg selesa sket - 15 Swiss Franc.
Selepas dah main sket, Mr. Henri dapat idea canggih. Dia nak ski turun dari Kl. Scheidegg ke bawah sket pastu naik semula dgn train. Utk perserta cycling Carsington Water, ingat tak expedisi cycling membuta-tuli kita? Same kes here, tanpa check map, kitorang ajak Farid sekali pergi ski turun ke bawah. Chronology of event:
- Kiter pakai sledge masa tu, bila sampai tempat rata, tak best ler sbb sledge tu tak luncur. So malas nak continue. Kiter patah balik.
- Farid ski sampai ke depan, tetiba dia rasa tak seimbang. Farid ingat pesan abg riko dia, 'kalau tak seimbang, jatuhkan badan'. Farid pun dengan aksi ala-ala James Bond, jatuhkan badan tapi saper suruh ko jatuhkan badan kat pokok dik oi . Farid...Farid... . So Farid pun surrender, dan patah balik.
- Tinggallah Mr. Henri ski sorang-sorang.
Bila nampak Farid, patah balik, kiter dah risau sbb Iko ski sendirian. Masa tu kiter dah baca brochure yg ada tunjuk ski track. Mak aih dari map pun dah boleh nampak track tu punyalah mencabar. Tunggu punya tunggu...punya tunggu... Mr. Henri tak balik-balik gak. Ada dekat dua jam lebih kot. Rupanya itu buah hati sudah turun dari Kl. Scheidegg ke Allmend . Jaraknya kalau naik train pun dalam 40minit . Lebih dr separuh perjalanan train dr Kl. Scheidegg ke Lauterbrunnen. Bila tengok Iko sampai dgn train, lega hatiku, mamat tu pulak dah lain macam jek rupanya . Mana taknya... turun track dahler jauh, mencabar tahap gaban plk tu (utk beginner yg baru kali kedua pegang kayu ski). Tabik respect le yayang oi . Kira break record utk diri sendiri . Part pengalaman ski tu, insyaAllah kiter akan suruh Mr. Henri cerita sendiri kat FP ni.
Sementara Mr. Henri berhempas-pulas menawan Swiss Alps dengan kayu ski, kiter enjoy dalam risau main sledging dan buat snowman dengan Nabilah dan Nabil.
| Quote: |
Fakta M.A.K.A.N.
Breakfast ~ Bubur nasi dan ada rencah dalam bubur tu spt udang & sayur. Kiter memang suka sgt bubur nasi dan yang buat kiter berselera sangat pagi tu ialah telur masin. Mak aih...kat Swiss Alps pun boleh pekena telur asin tu. Tenkiulah KC!!! Simply the best!!!
Lunch - Ikut rancangan takde lunch sbb memasing sedang berada di atas puncak Swiss Alps. Tapi KC sediakan juga Maggie Goreng. So bila turun dari Kl. Scheidegg petang tu, kiter memang dah lapar tahap gaban, memang gigil-gigil layan maggie...arhhh nyaman F&N sarsi... . Makanan kat puncak gunung tu mahal ler... tu yg tahan perut jek.
Dinner - malam ni barulah pekena Nasi Lemak Special yg kiter tersalah cetak kat entry Luxembourg tu.
Fakta L.O.J.I.N.G.
Cabin kali ni berada di Schützenbach Campsite yang terletak di Lauterbrunnen. Cuba tengok kat gambar bawah ni. Nampak campsite kitorg sayup-sayup dari Wengen. Kat lembah rupanya. Ada air terjun cantik dekat dgn campsite tapi mungkin gambar ni terlalu kecil utk nampak air terjun. Korang tgk pakai kanta pembesar eh . Cabin ni comel je. Ala-ala rumah panjang. Ada heater, so selesa. Dinding cabin ni boleh tahan nipis gak. Kalau Syarqawy & Madihah cakap kuat sket je lagi, kitorang pun boleh tumpang sekaki dengar gossip diorang dari bilik sebelah . Tapi sbb pengantin baru tu cakap bisik-bisik so tak jelaslah biji butir perbualan diorang .
|
| Quote: |
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? dan gunung-gunung sebagai pasak?” (Surah An-Naba’, 78:6-7)
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk” (Surah Al-Anbiyaa’, 21:31)
|
Video by somebody named timow2s... Layan...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|