 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...
 By: Nur Izan Syahriah Hussein
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 21:17 |
Email | Share | Bookmark |
|
Luxembourg
|
|
Pada 1hb April Fool 2008 tepat 10:13 a.m (waktu europe), kami crossed border Belgium - Luxembourg. Luxembourg ni sebuah negara yang kecil tapi kaya dengan bank and financial institutions. Kat Lux, tax untuk minyak dan rokok rendah jadi dua item ni jauh lebih murah di Lux compared to other european countries. Saya diberitahu ada sebuah stesen minyak di border Belgium - Lux sentiasa penuh sesak sbb orang ramai nak isi minyak sebelum keluar dr Lux. Rokok addict pun tak lepas peluang dapatkan stok gak di sini.
Sampai di Lux, Hairul & Najib Kelana Convoy (KC) bawa kitorang ke Place de Armes (kat tempat ni ada macam-macam kedai). Kemudian ke 'Place de la tak ingat namanya' . Tapi kat sekitar square ni ada bangunan-bangunan di bawah.
Next venue, Grand-Ducal Palace. Ni ialah kediaman Grand-Ducal family, iaitu The Grand Duke of Luxembourg Henry. Henry berkahwin dengan isterinya Maria-Terese yang dikenalinya semasa belajar di universiti. Acewah...samalah macam kisah pertemuan Mr. & Mrs Henri gak .
Lepas tu kitorang jalan ke Corniche aka the most beautiful balcony of europe. Dari sini boleh nampak superb panorama gaung di Luxembourg. Rasanya gaung ni ada namanya tapi kiter tak ingat dah. Saujana mata memandang. Cuuunn... di bawah Corniche ni ada casemates aka kubu bawah tanah. Kiter tak masuk, tapi kengkawan yg masuk kata cantik kat underground tu. Bayaran masuknya tak mahal. Kalau tak silap antara 1 ke 2 EURO.
Lepas tu acara bebas untuk ronda-ronda sekitar Lux. Banyak juga tempat kiter round. Cuci-cuci mata pastu makan kebab jap. Last sekali melepak di Place de la Constitution sementara tunggu bas datang. What a view dari sini... SubhanaAllah...
| Quote: | Pembetulan... dinner nasi lemak sebenarnya malam esoknya. tak larat nak baiki once dah upload. shorry... malam tu dinner spaghetti + sos bolognese inti tuna + tomato + peppers dll. Tak ingat apa lagi intinya tapi bukan main meriah lagi sos spaghetti tu. Sedap sehingga licin mangkuk. | .
Kiter pernah belajar tentang khuf ni tapi tak pernah amal bila bermusafir. Since Hairul KC ada mention dan ajar kami konsep khuf ni, kiter pun praktikan dan nak pass forward ilmu ni utk kebaikan bersama.
| Quote: |
PENGERTIAN KHUF
Khuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian kaki yang diwajibkan basuh ketika berwudhu’ iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.
Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalam berwudhu’. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara‘ untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.
CARA PENYAPUAN KHUF
Tempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:
“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf) selama tiga hari dan tiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam bagi orang yang bermukim”.
Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat hadath sama ada berwudhu’ atau mandi mengangkat hadath.
Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada mengambil wudhu’ atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai kedua-dua belah khuf tanpa ditanggalkan lagi selama satu hari satu malam (24 jam). Apabila ia terbatal wudhu’ dengan sebab hadath kecil dalam tempoh 24 jam itu, maka ia mengambil wudhu’ semula tetapi bila sampai giliran membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknya menyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki. Begitulah seterusnya setiap kali mengambil wudhu’ dalam tempoh 24 jam itu. Apabila tamat tempoh 24 jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula ketika mengambil wudhu’ baru dan bermula pula tempohnya.
SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF
1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.
2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu’.
3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa.
4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.
5. Khuf yang tidak meresap air.
6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF
1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas.
2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.
3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir.
|
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|