Want your
own Fotopage?



































 
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...

By: Nur Izan Syahriah Hussein

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Apr-2008 16:32 Email | Share | Bookmark
Bruxelles ooo Brussel...

The Atomium
Sambungan dari entry ~ Edam, Keukenhof & Amsterdam

Phew... dah selesai meeting dengan supervisor hari ni. Hasilnya dari meeting tersebut... of course tambah kerja lagi . Tension gue. Nasib baik hari ni supervisor ada puji-puji sket kasik kembang hati kiter . Bolehlah buat motivasi sehari-dua ni. Tapi yang tak best ada experiment urgent kena buat utk dipersembahkan (amboi macam bahasa istana ) result experiment tu hari Isnin akan datang ni. So disamping menunggu sample running kat dalam machine DSC, kiter sambung cerita Europe Holidaze ni.

Destinasi seterusnya mengikut itinerary Kelana Convoy (KC) ialah Belgium. Ni kiter quote dari penerangan tour guide kitorang, Hairul. Capital of Belgium is Brussel which is also the capital of Europe. Brussel telah dipilih sebagai capital of Europe by European Union disebabkan oleh masyarakatnya yg berbilang kaum. Bahasa yg biasanya menjadi perantara orang-orang Belgium ni ialah French, Dutch dan German. Di belah utara Belgium, kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Flemish yg guna bahasa Dutch. French pula disebelah selatan dan German di sebelah timur.

Sebelum ke Brussel City Center. Kitorang dibawa ke kawasan yang kiter tak dapat nak recall namanya setakat ni. Di kawasan ni ada bermacam-macam attractions seperti gambar-gambar di bawah ni...



Cun tak bebola ni? Oraiti...sebelum tu... ini bukan bola ye. Nama binaan ni ialah The Atomium. Mula-mula dibina pada tahun 1958. Percaya tak? Kat Malaysia baru nak belajar hidup merdeka, diorang dah bina bangunan yg modern camni. Binaan ni ialah skala besar iron crystal. Skalanya 1:160 billion. Strukturnya dibuat darpada steel sheathed in aluminium. Dalam 9 atoms yg disambung melalui escalators tu ada muzium, pusat sains dan masa saya ada kat sana, diorang tgh ada exhibition tentang modern design of furniture. Kalau dapat ambil gambar waktu malam mesti lagi best. Kiter ada nampak ada tompok2 kat sekitar atoms tu dan rasanya bila malam sure semua tu berlampu.



Sebenanrnya semasa kiter & iko layan atomium ni, semua tourmate lain sedang ronda-ronda dalam Mini Europe. Kat dalam tu ada miniature bangunan-bangunan menarik dan penting di negara-negara European Union. Nampaknya begitu best sekali (nampak dari dalam bas). Tapi sebab kiter & iko teruja sesangat dgn Atomium tu so decided takmo masuk Mini Europe dan spend masa di Atomium (maklumlah otak sains ). Lagi pulak kami ni dah banyak kali pergi taman yg berkonsepkan miniature. oops...jangan salah maklumat, mini europe ni memang menarik dan ternyata best sesangat sampai tourmate semua tak keluar2 dr taman tu walau times up . Salah satu lagi sebab yang saya suka berjalan dengan KC ni ialah flexibility. Kita boleh buat pilihan samada nak ikut program yg KC rancang atau kalau sebaliknya, KC akan suggests alternative. Tenkiu...tenkiu...

Dah! jom gie Brussel City pula...



Quote:

Fakta M.A.K.A.N
Breakfast ~ Roti dengan bermacam-macam sapuan. Tapi kiter makan roti cicah air teh-O. Lagi best...
Lunch – Nasi goreng berencah pak choy dan ayam goreng disiat2. Jangan membazir... pakai apa yg ada. Sedap sangat pulak tu. Masa kat campsite malam tu, kiter dok jengah-jengah kat kitchen kot ada lebih lagi nasi goreng lunch tu. Huhuhu .... Kitorang lunch di area Automium + Mini Europe.



Dinner ~ Nasi putih + Tom Yam (Ayam + Mushroom + Tomato + Beraneka pepper). Perghhh...sejuk-sejuk hirup tom yam panas... alangkah leganya... tambah sedap sbb kiter ngan iko yg chop peppers ).

Fakta L.O.J.I.N.G.
Le Roptai Campsite ni terletak di dalam kawasan hutan simpan Arden di Province of Luxembourg. Walau namanya Luxembourg tapi sebenarnya masih berada di negara Belgium (sebelah selatan). Diantara semua cabin yg kiter stay disepanjang trip ni, cabin kat Le Roptai ni yang paling best. Sebabnya ialah...toilet dan shower kat dalam cabin. Senang gue takyah siap cun2 semata2 nak keluar gie mandi. Bila dah shower pun dalam cabin, apa lagi...kiter pun membasuhlah baju-baju yg ada. Kes nak jimat coin laundry. Anyway, utk yg kaya sket boleh basuh baju kat laundry siap ada tumble drier (tak ler mahal sgt actually, just any cents matter matey...). Tapi ntah kenapa tumble drier tu tak mengeringkan baju pulak. Terpaksa kitorg (Syarqawy pun sama ), jemur baju kat dalam bilik. Pasang heater sampai dua bijik. tak pasal-pasal jadi sauna plk cabin memasing . Kemudahan lain dalam cabin boleh korg tgk sendiri dalam gambar. Pemandangan di sekitar cabin pun menenangkan dengan rimbunan pokok-pokok di hutan simpan Arden tu.




Opps... nanti sambung... tata for now...

>> entry yang ini pun mesti best ni...
>> tak pe...
>> sabar menanti ni...
Fri 11-Apr-2008 17:30
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
best best...tak sabo nak tengok gambar... Fri 11-Apr-2008 18:09
Posted by:nora
gi Atomium ek? mana gambar kat dalam? Fri 11-Apr-2008 22:21
Posted by:ncipan  - [Link]
thanks for dropping by ... seronoknya tengok gambar2 kat keukenhoff ... memang impian akak sejak azali hahaha, nak ke keukenhoff nih ... entah tercapai ntah tidak, tapi tak pa, tumpang tengok keindahan tulip kat sini pun dah cukup dah ... errrrrrrrr ada tulip biru tak kat sana ... sebab masa kat holland village kat jepun, tak dak Sat 12-Apr-2008 00:29
Posted by:yangmazni  - [Link]
adik 11 tahun duk ktrg malaysia...akak duk mana ni...bestnya...bagilah hadiah kat adik.heeeeeeeee
pos kat sini.... bela kucing org tua kata murah rezeki...heeee alamat akak kat sana berapa....
Sat 12-Apr-2008 06:03
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmal.com  - [Link]
wah best la izan..........bila la nak dpt rasa p holland pulak kan?
mcm 2 ada.........
Sat 12-Apr-2008 10:21
Posted by: aida aida_hebatimpresif@yahoo.com.my  - [Link]
Salam .Jom singgah fp ina ada entry baru -banana Chiffon Cake and Puff Lagi...Jgn lupa tinggalkan jejak di komen box yekkkk Sat 12-Apr-2008 11:42
Posted by:yullina  - [Link]
Salaam .Ada orng buat mee jawa dgn kentang dan Bake Bean tapi ina prefer lagi dengan kentang .Mungkin esok nak masak mee jawa,sbb hubby dah minta dari minggu lepas tapi tak sempat ....eh malas.........sebenarnya... Sat 12-Apr-2008 12:35
Posted by:yullina  - [Link]
huhu.. atomium, sungguh lawa.. very eye-catching..
naik tak sampai ke atas? mesti panjang queue..
mini europe masuk tak? lawa2kan miniatures kat situ..

best tak tido kat cabin dlm hutan? mcm menarik jer.. lain dari yg lain, yela asyik tido kat hotel.. tido kat cabin pun best gak..
Sat 12-Apr-2008 13:52
Posted by:::mimi::  - [Link]
salam prkenalan lah ye..syok nye tgok pic2 korang nih,dpt mrasa suasana luar,alangkah bgusnya.btuah nya u ye..hehe..saya ada baca komen u kat fp syafiq..u pminat kucing jugak ker?kalau yer..jom singgah fp saya.saya pn pminat kucing2an nih.hehee..breeder lah juga,sikit je
http://nursyakirah.fotopages.com
Sun 13-Apr-2008 02:11
Posted by:nursyakirah  - [Link]
izan...LV bags...tu aida pernah terjumpa kat carboot sales tau...tapi kak ida (biras) kata x yah la x ori! kui...kui... so rasanya x mampu la nak beli kaalu kat boutique tu....
murah x LV kat holland?.... dah update,...
Sun 13-Apr-2008 06:43
Posted by: aida aida_hebatimpresif@yahoo.com.my  - [Link]
Salam... mrs Henri, tim akasih singgah fp kita...
waaa best nya jalan2 kat bandaraya tulips tu... seronok betul ye. Cantik semua gmbar2 yg awak ambik tu,
kita pun baru baik dari cold ni...sama lah ngan Sofia. Weekend duduk rumah je..malas nak kuar. Jom singgah fp kita, ada entry baru... hehehe, bye
Sun 13-Apr-2008 18:01
Posted by:Niza et Sofia, London  - [Link]
kiter pun time kasih jugak pasai tudung tuh...
best ah tgk gambo2 tour europe..
kitaorang pun rase tak sabo2 nak pg...
Sun 13-Apr-2008 20:35
Posted by:mama ukyle
cantik & nampak relax je

Foooh! FP saya dah x berabuk!
Mon 14-Apr-2008 07:42
Posted by:+ FarEast +  - [Link]
tempat lain tak leh lawat ka? asyek2 kilang bom. asyik2 kelang gedebak boom.. Mon 14-Apr-2008 14:38
Posted by:fauzibaie


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.