 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...
 By: Nur Izan Syahriah Hussein
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 17:40 |
Email | Share | Bookmark |
|
Edam, Keukenhof & Amsterdam
|
|
Sambungan dari entry ~ From England to Holland
Cheese & Clogs
Korang pernah dengar Edam Cheese? Kiter pernah dengar tapi tak pernah makan. Pada hari kedua, Kelana Convoy (KC) bawa kitorang ke Cheese & Clogs factory. Kat sini cheese dan clogs atau terompah kayu Holland yg popular tu, dibuat secara tradisional. Family yg empunya kilang ni dah buat cheese dan clogs sejak turun-temurun sehinggalah perwaris terakhir mereka beli Playstation 3 ( mamat Dutch yg demo buat clogs tu yg empunya lawak, so gelak jgn tak gelak). Cara-cara buat cheese ada diterangkan oleh awek Dutch kat situ. Tapi tak boleh nak ingatlah step by step procedures. Dan tak kuasa nak ingatkan sebab macamlah rajin bebenor nak buat cheese sendiri. Cuma yg kiter ingat setelah dicampur bahan A ke bahan B. Dikisar jadi granules. Taruk bahan C. Taruk dalam salt water. Letak perisa. Dan salut wax. Wax tu untuk shield cheese dari anasir2 luar spt bacteria dan moisture. Kalau korang beli cheese yg ada kaler merah tu. Jangan main bedal jek. Yang merah tuler wax. Koyak dulu wax pastu baru makan cheese kuning kat dalamnya. Ada juga cheese yg diorang smoke. Namanya smoked cheese. Macam-macam cheese ler ada... yang masin, masam, spicy dll.
Clogs yang terkenal di Holland ni biasanya diperbuat dari kayu poplar. Kiter pun tak pernah dengar nama kayu ni. Dari gaya mamat Dutch tu bentukkan kayu jadi terompah, nampak macam kayu ni lembut. Design terompah pula ada macam-macam jenis mengikut lokasi terompah tu dipakai. Ingat-ingat lupa, kalu tak silap terompah farmer depannya tumpul sket. Tapi terompah penternak lembu tajam sket. Buat sepak lembu katanya (sekali lagi mamat Dutch tu buat lawak...gelak...gelak ). Kalau wedding clogs biasanya ada ukiran-ukiran. Ukiran tu tersendiri, handmade dan selalunya mengambil masa berminggu-minggu utk disiapkan. Modern clogs siap ada roda pun ada. Terlupa pulak nak beli. Kalau beli, boleh kita layan roller bladding ngan Eija. Acah jek...yak roda tu diorang tak jual. Custome made kot. Karang korang salahkan kiter plk pergi jauh2 sampai Holland tapi tak dapat nak beli terompah beroda .
Keukenhof
Bunga-bunga terlalu cun sehingga tak dapat nak di gantikan dengan kata-kata. Tak caya tengoklah tulip-tulip ni...ishk...rasa macam nak tanam semua tulip tu kat rumah supaya boleh tengok hari-hari.
Amsterdam
Memandangkan hari tu hujan renyai on and off, kitorang naik bot je untuk sightseeing Amsterdam. Bayaran bot pun tak mahal. Lagi satu advantage nyer pergi dengan group ni sentiasa dapat group price. So jimat. Hairul & Najib, krew KC belikan tiket dan siap tunggu kat jeti lagi bila kitorang dah habis tour. Mula-mula diorang nak tunjukkan mosque tapi sbb kesuntukan masa, plus bila sampai campsite pun masih ada asar lagi, diorang kata solat kat cabin jek. Masa yg ada digunakan untuk acara bebas. KC supply map dan suggests tempat-tempat yg menarik untuk kitorang explore. Sesiapa yg rasa nak jalan-jalan lagi, boleh teruskan. Boleh balik sendiri. KC dah ajar cara-cara nak balik ke campsite. Tapi nampaknya semua balik ikut bas juga. Kes sejuk kot...so tak larat nak ronda2 Amsterdam malam-malam tuh. Sights of Amsterdam...layan...sebenarnya ada banyak sejarah dan fakta lain yg kita nak kongsikan tentang Amsterdam ni. Tapi masa mencemburui ku gitu...kena limitkan certain masa jek utk layan fp ni. Kerja sekolah dah Q la...
# Masa kiter dan Iko ronda2 di waktu acara bebas tu, tetiba terjumpa Malaysian Restaurant. Tapi disebabkan dah kenyang makan kebab, tak dapatlah nak jamu masakan kat situ. Nak rekomen pun tak beranilah kan... anyway, kiter tgk menunya takde jamon. Ada tanda Halal dan masa tu ada nampak beberapa orang melayu (bkn tourmate kitorg) tgh makan. Ni kiter letakkan alamatnya untuk benefit sesiapa yg nak ke Amsterdam.
Wau Malaysian Restaurant
Zeedijk 35
1012 AR Amsterdam, Netherlands
Tel: 020 4212487
| Quote: |
Fakta M.A.K.A.N
Breakfast ~ Roti (putih & wholemeal) sapu dengan macam-macam jenis sapuan yang KC sediakan. Ada jem, peanut butter dan spread coklat. Air panas pun macam-macam ada... teh, kopi dan hot ceklat. Nak 'O' buleh nak susu pun boleh. Kari lembu ada lebih dari malam sebelum tuh. Apa lagi...kiter terus tak main dah sapu-sapu jem. Roti pekena kari lagi ngam. Dah kenyang pagi tu, jalan pun tenang jek .
Lunch ~ Kebab. Hari ni seperti yg KC rangkakan, takde lunch. Tapi semasa di Amsterdam, krew KC bawa kitorang ke kawasan yang ada kebab halal. Nama jalan yang ada jual kebab halal di bandar Amsterdam tu ialah Damrak (utk benefit kengkawan yg nak ke Amsterdam). Kat area red light district pun banyak kedai makan halal.
Dinner ~ KC masak nasi putih + ayam goreng dan Pak Choy masak oyster + kicap. Pergh...layan...sedap betul. Tukang petik pak choy kiter plk tu...tu yg buat tambah sedap huhuhu . Air panas macam biasa ada disediakan.
|
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|