Want your
own Fotopage?



































 
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...

By: Nur Izan Syahriah Hussein

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Apr-2008 23:20 Email | Share | Bookmark
From England to Holland

Campsite in Uitdam near Marken
Halloooo... sori lambat reply komen-komen kengkawan semua dari entry yang lepas. InsyaAllah akan dibalas sedikit masa lagi. Misteri kelewatan membalas komen akan terjawab dari entry2 kiter yg terkini dan akan datang .

Memandangkan visa UK mr & mrshenri dah nak pencen tak lama lagi, kitorang pun memaksa diri memasing mencuri-curi masa dari schedule kitorang yang busy mengalahkan tok meneteri baru menang pilihanraya ni untuk pergi bercuti-cuti keluar dari UK (local2 dah tak main dah ). So babailah sekejap kerja-kerja ku yang berlambak tu dan babailah mesin2 Boots yg kurang sorang technician utk pomen, sementara kitorang merehatkan minda. Trip kali ni kitorang follow Kelana Convoy setelah segala aspek kewangan, masa dan urusan visa bagi pemegang pasport hijau dipertimbangkan. Sebenarnya lama juga dok go head gostan samada nak ikut Kelana Convoy (KC) atau pergi sendiri dek bermacam-macam pendapat yg kitorang dengar. Tapi akhirnya...kitorang bertekad untuk join KC. Selain dari elemen2 yg telah dipertimbangkan, kitorang juga dapat sket keyakinan dr cerita2 bekas perserta KC, A.Afifi & K.Nas. Tenkiu sesangat sbb ternyata recommendation korang tu ternyata sahih belaka. Kitorang memang berpuas hati habis (kira tahap gaban punya puas hati) dengan KC. So untuk entry kali ni, disamping cerita pengalaman sepanjang berada di Europe Holidaze ni, kiter nak kongsi juga pengalaman mendapat servis KC sebagai touring agent. Ni kira tanda terima kasih yg teramat sangat dan sokongan kitorang suami isteri terhadap KC. Maka ceritanya camni... macam nak start hikayat la plk...

Sehari sebelum merentasi English Channel, kitorang telah berada di London. Lepak di Liverpool St. Malam tu tido awal sbb kena bangun awal pagi esoknya. KC dah kata diorang tak praktis janji Melayu so 8:00 am sharp mesti dah berada di meeting point. Masa tengah tido nyenyak habis zzz... tetiba bunyi alarm kuat. Bila terjaga mengejut macam tu mulalah nak melalut. Dalam keadaan mamai terus capai jam. Tergezut dinosour bila nampak jam tunjuk pukul 7:00. Kalut le sekejap sebelum sedar yang bunyi tu rupanya bukan bunyi alarm handphone tapi fire alarm. Tengok jam balik...rupanya pukul 1:30 am da... Kalau tengok terbalik memanglah nampak pukul 7:00 .

Since alarm tu bunyi lama, kitorang capai apa yang patut especially pasport dan terus keluar. So di pagi yang hening di Kotal London tu, kitorang dan ramai lagi customer Travelodge tu dibekukan kat luar sebelum dapat green light dari abg bomba utk sambung tido. Ntahler sbb apa bunyi alarm tu tapi ada sok sek sok sek terdengar katanya ada orang smoking dalam bilik...hampehhh....

Snap gambar ni pakai camera h/p jek sbb takut kena marah plk kalu gatal2 snap2 gambar berflash sakan time org tgh emergency camtu. Alhamdulillah...dapat sambung tido lepas tu. Pagi esoknya kitorang dah ready untuk berkelana. Jom gie... EXPECTO PATRONUM!!!



eh...silap mentera da... padanlah tak lepas kat terminal 9 3/4 ni. Maka terpaksalah naik bas jek. (amacam lawak pkl 1 pagi aku? menjadik tak hahahaha )

Pkl 8 pg di Marble Arc, dah ramai yang ada. 39 orang perserta semuanya. Syarqawi (Notts) dan isteri pun ada. Dapat berkenalan dengan Badrul sekeluarga (staf UTeM di Leeds yang kiter tak berpeluang kenal sblm ni). Perserta paling kecil ialah anak2 Badrul yang berumur 7 hg 2 tahun.



Lebih kurang pkl 8 (lebih sket), kitorang bertolak ke Dover. Setgh jam pertama, KC bawa sightseeing dalam bas di sekitar London. So advantage kepada sesiapa yang baru pertama kali berada di London. Untuk kami pula, walau dah berjuta lemon turun ke London tapi baru tahu yang Dorchester Hotel kat Park Lane tu Sultan Brunei punya. Kiranya dapat new info jugalah.

Dipendekkan cerita, seluruh perjalanan dari London ke campsite di Holland memakan masa lebih kurang 11 jam termasuk check kastam di Dover, ferry crossing with SeaFrance dan lawatan ke toilet (Dutch pun kata toilet gak). Surprisingly, kiter takler rasa penat sangat (kecuali pening2 lalat masa kat dlm feri). Kiter memang tersangatlah sensitif kalau naik kenderaaan bergerak yg bertutup-litup esp bas. Senang mabuk. Tapi bas yang KC guna dari Germany ni alhamdulillah selesa. Drivernya, Udo, pun bawa smooth jek. Sepanjang perjalanan di seluruh trip bersama KC ni tak pernah boring. Sentiasa ada aktiviti selain dari tido. Antara aktiviti ialah sesi berkenalan, main game, teka-teki, cerita-ceriti, layan DVD movie, karaoke atau dengar tour guide terangkan tentang tempat-tempat yg kitorang lalu. Siap dengan sejarahnya sekali pula tu. Best...best...



Bas disebelah tent masak dan makan. Gambar-gambar di sekitar campsite kelam-kelam sket sbb hari mendung jek dan on and off hujan renyai. Kalu ada tompok2 kat gambar tu maafkan jelah ye. Tompok hujan le tu. Walau segala precautions telah diambil (lap giler2, mop2 sket dan siap tiup2 lagi), ada jugak setompok dua tu yg terlepas. So redha je lah...



Quote:
Fakta M.A.K.A.N.
Breakfast - Roti Brioche Asda (kebetulan memang favourite kitorang so memang layan habis)
Lunch - Tuna Sandwich
Dinner - Nasi putih dan Kari Daging (Beef + Terung) ... sedap menjilat jari tuh...
# Semua makanan disediakan oleh KC crew. Perserta boleh tolong2 kalau sudi. Kalau tak tolong pun diorang tak marah. Kiter kadang tolong. Kalau dah banyak sangat kakitangan, kadang tolong tengok jek . Adik-adik satu trip tu ramai yg rajin-rajin. Chef KC merangkap tour organiser, Hairul dan assistant nyer, Najib pulak tu efficent, so makan hal...not a problem. Sepanjang trip kitorang cukup makan, siap boleh tambah2 la plk.

Fakta L.O.J.I.N.G.

Campsite yang pertama kitorang stay untuk dua malam ialah di Uitdam. Kawasannya berdekatan dgn Marken. Kawasan ni lebih rendah dari paras laut. Border antara laut dan daratan delta yang rendah ni dipisahkan oleh dikes. Cabin kitorang ni terletak sejengkal jek dari gigi laut. Agak nervous gak bila tengok laut lagi tinggi dari kita. Ishk...kalu ini dike pecah boleh tenggelam kitorang. Goggles lupa nak bawak pulak huhuhu. Selisih nauzubillah... Anyway pada 1 Februari 1953 Zealand dike pernah pecah di sebabkan storm yang kuat melanda kawasan ni. Kejadian berlaku tengah malam semasa orang kampung tgh tido. Bah besar dari air laut tu telah membunuh hampir 2000 orang. Kesian betul... Quote: After the storm flood disaster of 1953 the Dutch vowed "Never again". The Netherlands embarked on their biggest sea engineering project ever: the Delta Works.



Cabin ni selesa. Setiap family dapat satu cabin. Takde share2 melainkan yg single-mingle. Takde heater tapi KC ada bawa fan heater. Jadi tido best ler...warm jek. Dalam cabin ada dapur, cerek, penyapu dll yg boleh korang tgk kat gambar tu. Sleeping bag memang kena bawa...KC dah peringatkan. Tandas tak jauh dari kawasan cabin. Ada orang kata jauh. Tapi pada kiter selagi toilet tu boleh nampak dari pintu cabin maknanya tak jauh ler tu (kes dah pernah camping di kawasan yg toilet jauh siap kena redah hutan belantara - di Sherwood Forest, Notts ).


Baru selesai hari pertama...jauh lagi perjalanan...

Izan.....lama ko tak singgah fp zai erk ..dah lupa zai ka????oooooo rupanyer pergi jenjalan mkn angin ka????Zai pun tumbang best gak kat ko nie..jalan jer memanjang.....Zai harap dlm mimpi jer ler kalau nak sampai tempat2 ko pergi tu..... Tue 8-Apr-2008 02:25
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
fulamak!!!!!!~
selamat bercuti!!~
upload gambar2 baru yeah nnt!!~
khabarkan kt ejard
Tue 8-Apr-2008 03:13
Posted by:ejard jard_smailp@yahoo.com  - [Link]
:surprised: huuuyyooooo!!!!....ader station 9 3/4 dlm HARRY POTTER tuuu.... eeei...patutla lame gak akak x hapdet FP. rupe2nyer gi jenjln dgn cik abg syg.... kalu akak perasan kan...kt FP skarang ni musim HOLIDAY GO MARCHING IN....sumer upload pics diaorg gi jenjln ...hehehe...ila gak yg duduk bertapa kt cini:cry: Tue 8-Apr-2008 04:49
Posted by:Ila  - [Link]
Salaam Thanks kerna sudi luangkan masa lawat Fp ina,Seronok yu gi jejalan mesti kepenatan kan.....selamat berehat dan kalau ada masa singgah lagi boleh kita berkenalan ok... Tue 8-Apr-2008 05:03
Posted by:yullina  - [Link]
Welcome back..... Tue 8-Apr-2008 09:00
Posted by:Mama Ilham
sempat lg nak menghapdate...ni lepas balik umah akak ke ni zan....dah dekat kul 12 dah tu.....ingat sok nak jumpa boss.....keje skolah dah siap lom..? Tue 8-Apr-2008 09:25
Posted by:kak cahaya  - [Link]
tak per Izan...ko update fp nih dulu...kaknora tak sabar nak bacer citer ko yg seterusnye
ko buat fp nih kejap jer siap...
Tue 8-Apr-2008 11:04
Posted by:nora
patut la tak kisah kn pun pasal tudung dia yg umei amik tu..lupa yg dia tu da merantau ntah kemana2 time tu ... Tue 8-Apr-2008 15:02
Posted by:zulfarah  - [Link]
>> bestnya dapat ke sini...
>> tengok gambar saja sudah boleh nampak keindahannya...
Wed 9-Apr-2008 15:43
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
platform 9 3/4 tuh kat mana? adakah kat london? kota london? lebih specific lokasi..mmg menarik la .. Fri 11-Apr-2008 11:08
Posted by:pG
ada terjumpa budak2 student malaysia? undergraduate? esp from lufbra..hehe..mana tau skali trip ngn dorang..kui3 Fri 11-Apr-2008 11:10
Posted by:pG
pergi holland rupanya..
bestnyer jalan ramai2.. holland is a very nice place.. i love it..
kat mana platform 9 3/4 tue?
Sat 12-Apr-2008 13:41
Posted by:::mimi::  - [Link]
Platform 9 3/4 kat Kings Cross St. Pancras train station. Wed 16-Apr-2008 15:29
Posted by:mrshenri
mind to let me know where do you stay when you arrive in London ....i will be joining the kelana convoy trip next year.....so tot that you can give some advice Wed 5-Nov-2008 06:19
Posted by:shaq shaq1120@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.