 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...
 By: Nur Izan Syahriah Hussein
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 7-Feb-2008 12:07 |
Email | Share | Bookmark |
|
The rock of Gibraltar
|
|
Sambungan dari entry Cordoba fi Al-Andalus
30 Januari 2008
phew...hari ke berapa dah ni kat Espana? Tak kisahlah hari keberapa pun. Hari ni kami ke Gibraltar. Ok bersedia murid-murid... cikgu nak buka kelas sejarah ni . Gibraltar atau Jabal al-Tariq (جبل طارق) diberi nama bersempena dengan tokoh atau general Bani Umayyah, Tariq bin Ziyad. Mengikut sejarahnya, semasa Tariq bin Ziyad ingin masuk ke Spain melalui Morroco, dia (sori tak skima) nak mendarat di Algeciras. Tapi tak berjaya. So dia make port di sebelah selatan batu besar yg akhirnya di beri nama Jabal al-Tariq atau Gibraltar. Ok murid-murid...homework untuk hari ni ialah baca sejarah Gibraltar dan cari macam mana Gibraltar boleh berpindah tangan ke tangan UK . Jadi sekarang Gibraltar UK punya. So masa kami nak masuk ke Gibraltar hari tu kena lalu kastam ler... Iko bukan main happy sebab pasport dia dapat cop Gibraltar sebab dia kena ada visa untuk masuk UK. Untuk pasport Malaysia, tak perlu visa so boleh masuk jek. Mula-mula masuk je ke sempadan Gibraltar, terus rasa kelainannya. Barulah nampak papan tanda bertulis English dan orang-orangnya especially driver2nya bersopan-santun sket. Shopping di dalam Gibraltar boleh guna matawang Pound atau Euro.
| Quote: | Gambar kiri atas:
~ Gibraltar, a shot from the Espana land
~ Iko bergambar dengan kapal tengah nak karam
~ King Fahd Abdul aziz Al-Saud Mosque @ Europa Point
~ Gibraltar - Cradle of History. Berlatar-belakangkan tempat flight landing.
~ Boleh nampak Afrika dari Europa Point ni
~ Jernihnya air laut di sepanjang Costa del Sol ni |
Plan awal, nak terus naik cable car. Tapi punyalah susah nak cari parking yg kosong. Jadi kitorang ke Europa Point dulu. Punyalah cun pemandangan di Europa Point sampai mak budak pun happy sakan. Bebudak apatah lagi iye tak... . tak caya tengok ni...
Setelah sakan melompat-lompat di Europa Point, kitorang lunch dan solat di King Fahd Abdul Aziz Al-Saud Mosque. Sayu hati bila mendengar azan Zohor berkumandang kuat dan terdengar di seluruh kawasan berdekatan Europa Point. Cikgu takmo buka kelas sejarah masjid ni disini sbb cikgu pun ada banyak kerja sekolah nak kena buat ni . Jadik murid-murid buatlah research sendiri ye...
~ The Ibrahim al-Ibrahim Mosque a.k.a King Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud Mosque ~
~ On top of the rock ~
~ Tariq bin Ziyad Mosque ~
| Quote: | Mencari Tariq
Rindu buat Tariq bin Ziyad...
Usah tidur dulu, Tariq, dalam kamar bidadari
kerana waktu tidak mungkin dapat menguburkanmu
di pusara sejarah.
Ajarlah kami membakar lautan dengan
api Guadalete
Pinjamkan, pinjamkan kami pedang Arab dan
Berber yang kauhunus pada
tengkuk Rodderick itu
agar dapat kami membunuh mimpi musim duka ini
menebus tanah Cordoba
memugar kebun Sevilla
menimbus gunung Granada
menghimpun debu Toledo
dengan pakaian para Murabitun
dan bijaksana para Muwahidun.
Jangan pedang itu disarung dulu di kantung zaman
ingin kami lihat kilaunya yang memadamkan siang
membakar malam
saat tajamnya adalah restu langit
menebak atma dengan satu lafaz cinta
yang paling menikam.
Lepaskan seekor singamu!
Usah tidur dulu, Tariq, dalam ladang firdausi
kerana kami masih mencari suaramu
untuk dinobatkan di lembing ilham
saat rimba Andalusia akan kuyup lagi
dalam lebatnya hujan syahadah ini.
Fahd Razy
Antologi Puisi Al Andalus Menangis |
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|