 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...
 By: Nur Izan Syahriah Hussein
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 5-Feb-2008 19:06 |
Email | Share | Bookmark |
|
Cordoba (قرطبة) fi Al-Andalus
|
|
Sambungan dari entry From Madrid to Granada...first step into Andalucia
Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengalaman serta pengetahuan. Sejarah-sejarah Islam di Andalusia yang kite pernah baca di zaman sekolah-sekolah dulu, satu-satu terpapar depan mata. Masa belajar sirah Bani Umaiyah di sekolah agama dulu dok kena hafal nama khalifah-khalifahnya. Harap hafal untuk exam jek, sekarang banyak dah lupa. Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk pergi sendiri menikmati kesan tamadun Islam di Andalusia yg mula-mula dibuka oleh salah seorang tokoh Bani Umaiyyah ni, Tariq bin Ziyad. Macam-macam emosi semasa melawat satu demi satu attractions yang ada kaitan dengan sejarah Islam ni. SubhanaAllah... kagum dengan seni binanya, bangga dengan kekuatan Islam tapi dalam masa yang sama sedih dan ralat melihat bukti-bukti tamadun Islam tu terubah dan terpadam sedikit demi sedikit. Siapalah yang boleh mempertahankannya ye?
29 Januari 2008
Masuk hari ke-5 di Espana. Hari ni takyah bangun pagi-pagi sangat sebab memang dah berada di destinasi sterusnya iaitu Cordoba. Pagi tu semua bercita-cita sangat ke Carrefour untuk shopping bahan-bahan makanan. Saya memang dah nampak signboard Carrefour tu dari malam semasa kami sampai di Cordoba. Tapi setelah jenuh berpusing-pusing, Carrefour ntah dimana. Sekali lagi driver kena melalui 'Lembah Maut' jalan kecil-kecil siap termasuk kat pedestrian path. Buat tebal muka jelah bila orang ramai dok kerling dua Seat Altea yang sesat dan buat tebal telinga jelah bila kena hon. Mentang-mentanglah orang-orang Spain ni dah pro drive jalan sempit macam tu, pantang kita slow sket, cepat jek dia nak hon . In the end, shopping jelah bila terjumpa minimarket.
Tempat pertama yang kitorang lawat pagi tu ialah مدينة الزهراء.
Madinat Al-Zahra ni Alcazar atau istana Abd Rahman III. Dari hasil bacaan di papan-papan tanda di sana, yang saya faham ialah kawasan Madinat Al-Zahra ni luas tapi kawasan yang dibuka untuk pelancong ni hanyalah 'excavated' bangunan-bangunan pentadbiran. Kite ngan Iko jalan dgn Kakak dan Kak Chik, jadi banyaklah menerima soalan-soalan mencabar dari kekanak tu. Walaupun Uncle Iko kekadang bagi jawapan 'tak fakta' tapi takler kelentong banyak sgt hehe. Papan-papan tanda disekitar 'archeological' area tu bagus betul. Banyak dapat ilmu sejarah.
| Quote: | | Pembetulan...satu-satunya masjid pada masa itu yg dibina mengadap tepat kearah Qiblat di Mekah. |
La Mezquita Cordoba
Destinasi seterusnya ialah Masjid Cordoba yang dengan sedihnya telah dijadikan Cathedral. Kalau tiba di Cordoba, ikut signboard tulis Mezquita-Cathedral. Google jek mezquita/mosque/masjid Cordoba, bermacam-macam penerangan tentang sejarahnya. Kalau dari bahan bacaan pun korang dah tersentuh, apatah lagi menyaksikan sendiri keadaan masjid yang dah berubah isi kandungannya.
| Quote: | Gambar tengah atas tu bukan di Mezquita. Tapi di pasar tepi jalan yg kitorg ternampak semasa nak ke Mezquita. Masa gambar disnap, tgh window shopping sementara tunggu Kak Cahaya beli spec itam . |
| Quote: | | Sengaja ambil gambar ni tanpa set white balance sekadar nak memberi gambaran betapa suramnya keadaan di dalam masjid yg telah jadi church ni. Kite membayangkan suatu ketika dahulu masjid ini tentunya cerah dan sentiasa ada org yg meng'الإمارة'kannya. Kite ngan Iko tak snap banyak gambar dalam masjid ni. Kalau ada masa, kite cuba test try upload gambar videonya nanti (tak janji tau). Sekadar gambaran bertulis, kiri kanan masjid telah di'grill' dan dalamnya terdapat patung-patung christianity. Binaan batu di dalam bangunan telah banyak ditambah dan diubah walaupun ada ayat-ayat Al-Quran dan ukiran Allah yang masih kekal. |
~ Mimbar ~
~ The Spanish Patio ~
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|