 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
MR5H3NR1's FotoPages ~ There is life beyond work, after all...
 By: Nur Izan Syahriah Hussein
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 4-Feb-2008 20:15 |
Email | Share | Bookmark |
|
From Madrid to Granada... first step into Andalucia
|
 |
|
~on the way to Granada~
|
|
 |
|
~The pool of the El Partal Palace~
|
|
 |
|
~Skiing on Sierra Nevada~
|
|
|
Sambungan dari entry Madrid, Espana...
| Quote: | Andalusia
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu
~M. Nasir~ |
27 Januari 2008
New day but yet not a so fresh start? Mana taknya... hari ni kena bertolak pukul 5:30 pagi untuk ke Granada. Dhia pun tgh sedap tido menonggeng lagi masa tu huhuhu... Perjalanan dari hotel hinggap kitorang di Formule 1 Madrid, Getafe ke Granada dijangka memakan masa 4 jam 36 minit. Setelah dicampur berhenti rehat dan lawatan ke aseos, lebih 5 jam baru sampai ke lokasi pertama di Granada iaitu Alhambra.
La Alhambra el Generalife y el Albayzin de Granada
Alhambra atau 'the red' ~ Istana Merah ~ ialah istana yang dahulunya dibina dan diduduki oleh raja Granada yg Islam sebelum diambil-alih pemerintahan Kristian. Nama istana merah diinspirasikan oleh batu merah yang digunakan utk membina Alcazaba ataupun kubu. Seni bina Islam banyak yang masih kekal. Memang antara bangunan yang paling cantik saya pernah tengok. Sepanjang berada dalam Palacio Nazaries, saya dok bayangkan macam manalah orang dolu-dolu (~ 1000 tahun dulu) tengah ukir ayat-ayat Al-Quran diseluruh dinding-dinding di istana tu. SubhanaAllah...
| Quote: | Gambar (dari kiri):
~ Jakun mak aih bila nampak oren bergayut-gayut di tempat rehat ni. Siap cuba test try rasa. Padan muka semua... masam kelat. Rupanya pokok oren hiasan. Selepas dari pokok oren dalam gambar ni, kitorang jumpa berjuta-juta pokok oren lain di seluruh Andalucia. Sesia jek jakun .
~ Entrance to Alhambra
~ Near Generalife atau bahasa arabnya 'Jennat Al-Arif'
~ Dihadapan pintu kubu untuk masuk ke Alhambra.
~ Lunch sebelum masuk ke Alhambra. Antara cerita menarik sambil makan ialah kisah tak tukar nama pewaris KWSP . Sila check, suami anda dah tukar ke nama anda ke belum. Kot-kot masih nama awek lama ...haru... |
# Kumpulan gambar di atas, sebelah kiri bawah ialah contoh decoration yang ditambah selepas Alhambra diambil-alih dari kerajaan Islam. Gambar-gambar lain adalah disekitar Palacio Nazaries.
# Masih di dalam Palacio Nazaries. Gambar tengah atas ialah permandangan Albayzin dari Alhambra. Dalam kawasan Barrio del Albayzin atau the Albayzin neighbourhood, katanya masih terdapat ciri-ciri Arab yang masih kekal. Jalan-jalan di sekitar Albayzin kecil dan sempit. Phew...berpeluh driver nak amik corner. Siap ada sesetengah tu nampak macam jalan mati. Tapi tup tup boleh lalu. Niat masuk ke kawasan Albayzin tu kononnya nak window and real shopping di Arab Market. Tapi tak jumpa-jumpa juga. In the end, masa dah putus asa dan on the way ke hotel, Eija ternampak kedai Arab. Malam tu lepas check in, kite dan Iko pun pergi ke tempat yg nampak macam kedai Arab tu. Alhamdulillah betul pun kawasan Arab. Ada kedai-kedai jual barang timur tengah gitu dan ada beberapa kedai kebab halal. Untuk sesiapa yang bercadang ke Granada, cari Plaza Nueva. Arab street tu sama jalan dengan plaza tu. Kebab yummeh!!!
28 Januari 2008
First time in my life...skiing on Sierra Nevada
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|