|
|
| Wednesday, 14-May-2008 20:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sehari selembar benang...
|
 |
|
Gotong-royong basuh pinggan
|
|
 |
|
Makka Pakka
|
|
 |
|
Fossils of Great Ormes
|
|
|
Bz...bz bee... tapi bila satu hari satu atau dua gambar...akhirnya ada gak hasilnya....sebenarnya banyak gambar camping ni. Tapi kureng lawa sbb kebanyakannya ditembak tanpa passion. Antara sebab musabab ialah hari hujan dan ini adalah kali kedua berada di Snowdonia... so kejakunan dah kurang sket. Jadi just relaks menikmati keindahan alam sambil ambil mental picture dr mata kepala sendiri jek . Anyway, tak rugi dan tak puas pergi Snowdonia walau setelah beberapa kali...pemandangan cuuuuunnn....
Lagi...Camping Snowdon...
Acara wajib mestilah aktiviti masak-masak dan makan-makan. Semua kerja gotong-royong dr prep bahan sehinggalah acara basuh pinggan.
Gambar Dhia, Muadz dan Hud colouring tu biru kehijauan sket... bukan salah camera eh...ini reflection dr kaler khemah ju & na.... nasib baik dah tak pakai khemah fluorescent lagi. kalau tak, semua jadi oren....
Jalan-jalan di pekan Beddgelert (tertinggal lagi satu 'd' kat gambar tu, tapi tak larat nak edit semula once dah upload). Pekan Beddgelert ni terkenal dgn sejarah anjing nama 'Gelert'. Gelert ni anjing yg telah dibunuh kerana mula-mula disangkakan telah makan anak tuan anjing tu. Rupanya Gelert yg selamatkan anak lelaki tuannya dr serangan serigala. Kubur Gelert tak jauh dr tempat bebudak ni main air. Kiter ada ambik gambar kubur Gelert yg terletak berdekatan church kat situ. InsyaAllah nanti kiter upload. Tapi kalu tak upload pun tak pe kot. Gambar kubur jek...
Kalau tak silap, brand Gelert (tents) pun asal dr pekan ni kot. Since kiter nampak kilang Gelert kat situ. So kira khemah Nazri & Kak Cahaya balik kampung ler ni...
Aina bagi auntie bunga masa kitorg stop kat Portmeirion. Kiter nak masuk garden ni yg juga tempat asal brand tableware Portmeirion. Tapi hari hujan mencurah!!! Lagipun para suami maybe nervous kot nak bawa para isteri masuk kat situ . Takut kocek berasap...
Mr. Henri bengang gue snap gambar ni. Sebab masa tu hujan tengah lebat. Risau camera dia basah ler tuh...huhuhu... Cantik gak Porthmadog ni. Tapi masa tu air laut surut. Kalau air pasang plus cuaca cerah mesti cantik bangat view dari benteng tu...
Oleh kerana memancing tak mendatangkan hasil, babah muadz dan geng pancing dia, uncle Lee pergi menangguk la plk. Dengar cerita, banyak dapat tangkap ikan. Siap bawak balik Nemo sekor ni sbb anaknya dah demand. huhuhu... Muadz beriye sgt tgk Nemo ni sampai nak masuk dlm bekas tu. Akhirnya tergolek bekas tu ke tanah...sian Nemo terketik2 kat atas rumput... sabor je ler...
Llanberis... lunch sambil layan pemandangan tasik yang biru ni. Best korang!!! Sesaper yg nak ke Wales, this is a must visit spot...
Di kaki Snowdon... kiter tak naik mountain train... mr.henri kata.. 'takyah ler, nothing like swiss alps'... my bank kata No so No ler ye... gue isteri yg taat . Untuk korang yg ada rezeki sampai sini, jgn lepaskan peluang daki itu Snowdon!!!
Llandudno...masa visit in 2005 dah banyak snap gambar kat sini. So kali ni kiter snap sekeping dua jek buat kenangan tiba di Llandudno in 2008. Ada juga gambar-gambar di Great Ormes... nantilah kalu sempat kiter taruk sekeping...
Snowdonia cantik!!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-May-2008 09:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Camping Snowdonia
|
|
Yes! hari dah panas . Aktiviti camping tahun 2008 dah pun start dengan Snowdonia jadi first venue. Kiter masih belum boleh update lagi gambar-gambar kat Snowdonia. Kena tunggu weekends baru boleh layan FP ni. So sementara tu korang hati-hati dgn penjenayah ni. Kalau nampak diorang berkeliaran, cecepat tepon talian hayat...
Jumaat, 09 March. Happy Mother's Day to all Mak, Mummy, Mama, Ibu dan Ummi. Baru nak start update sket2 gambar camping. Masih work in progress...
Adzzz jangan balik mesia dulu eh...sedihlah auntie camni
Dua minggu ni saya jaga exam, maka kerja-kerja update FP pun akan terbatas. Gambar camping Snowdonia ni nampaknya akan dikemaskini menggunakan mode siput atau slug. Briefly cerita camping ni camni... aktiviti camping kitorang ni dah bermula sejak tahun 2005. Setiap tahun ada geng yg balik mesia tapi diganti lagi dengan geng baru. So hard core masih maintain . Keahlian tidak pernah dihadkan, saper yg suka main kat luar macam kitorang ni, dialu2kan utk join. Tapi macam biasa, ahli baru kena ragging . Antara aktiviti di tapak khemah tak lain tak bukan pacak khemah, pacak gazebo, main baling selipar (waktu ni juga sesuai utk layan tido petang zzz), main beskal, bola, frisbee, main bot dan mancing (kalu ada air ler), main culik, declare, uno dan yg sewaktu dgn daun terup, BBQ, masak, makan, jalan (not always priority), bed time stories i.e. gosip, cerita hantu, cerita uncle iko dan last sekali tido zzz. Rumusannya...camping syiok!!! Tak sabar nak tunggu next session
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-May-2008 20:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I lurve my computers because my frenzzz live in them...
|
|
Assalamualaikum dan haluuuu...
How's everyone around the world? Canggih sungguh teknologi sekarang sehingga kawan di serata pelusuk dunia terasa macam dok dekat jek, macam dok sebelah rumah. Apatah lagi Ina yg memang dok sebelah rumah. Rumahku yg selalu senyap sunyi ni pun terasa macam sentiasa ada kanak-kanak. Huhuhu . (psst... Ina, kiter maksud baik tau ...terasa lega gak bila sesekali terdengar suara Damia & Daniyal). Di entry kali ni kiter nak ucap tenkiu a zillion kat kengkawan yg bagi kat kiter pelbagai bunga (virtually of course). Kiter tanam bunga-bunga tu kat sini berserta dengan link ke fp dan gambar pemberi2nya. 10Q korang!!!
Untuk tag Bunga Kantan, thankiu so much to:
Anis,
Zai,
Eija,
Merci Niza untuk bunga tulip ni,
Thanks Aida untuk tulips sugar paste ni,
Indeed, I lurve my computers!!! bcoz my frenzzz live in them and I can talk to them anytime anywhere!!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-May-2008 17:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
An evening in Paris...
|
|
~ Sambungan dari entry Bonjour monsieur ~
Setelah group meeting tengahari tadi dan sesi mendengar luahan perasaan mat2 groupmate, kepalaku rasa sungguh bengal sekali Dah berjam-jam kiter tatap monitor ni, tapi nak dapat satu ayat pun utk writing yg kiter tgh buat tadi punyalah payah . Plus sekejap2 kena menapak ke Wolfson Building check DSC samples. arghh...Sebelum kiter bertukar jadi ijau , eloklah break sesecond dua. Jom sambung citer2 jalan2 Europe.
Kat entry lepas kiter dah share gambar2 hari pertama kiter kat Paris. The next day tu, barulah semua tourmate Kelana Convoy (KC) together2 pergi Paris. So 2nd day in Paris for mr. & mrs henri. The tour start dengan lebih kurang setengah ke satu jam sightseeing around Paris dlm bas. Pehtu, kitorang dibawa ke muzium perfume. Muzium kepunyaan Fragonard ni terletak berhampiran Opera. Kalau naik Metro, turun je kat stesen Opera. Kat belakang Opera tu pula ada Rue La Fayette. Ada shopping mall besar named Galleries Lafayette ala-ala Harrods gitu. Berbalik pada cerita perfume Fragonard. Company ni start around 1926 di satu kampung di France namanya Grasse. Fragonard ada juga buat perfume untuk brand spt CK. Taknak memboringkan korg dgn prosidur buat perfume just basically perfume diperbuat dr bunga dan kadang2 ada campuran herbs. Lagi satu info menarik yg kiter dpt masa tu ialah kat dalam dunia ni ada 20 orang notable perfumers (org yg ada hidung sensitif yg boleh membezakan bau perfume walau dr combination pelbagai bahan). Perfumer ni dipanggil 'le nez' atau 'The Nose'. Kebanyakkan le nez ni berasal dan berada di France. Kat muzium tu ada jual perfume. Kiter tak mampu weh nak beli (mampu tapi kedekut...jgn ikut nafsu sgt, tak baik boros huhuhu ). Beli yak kecik2 jek buat souvenir jiran tetangga. Ok layan jeklah gambar2 kat Fragonard ni...
Selesai membeli-belah minyak wangi...dan bau dalam bas pun tak pasal-pasal jadi wangi gak. Almaklumlah main spray2 tester . Pehtu kitorg dibawa ke Eiffel Tower utk sesiapa yg nak mendakinya. Advantage pergi dgn group spt KC, dahler dapat group price, tak yah beratur plk tu. Dengan segala hormatnya dapat naik terus ke atas Eiffel Tower. mr. & mrs. henri tak naik so kitorang sambung jalan berdua2an. Actually lepas naik Eiffel tu pun acara bebas untuk semua org. KC dah supply map... so jom roam around Paris!!!
Opera - tempat ahli muzik main muzik. Kat depan bangunan ni ada statue ahli-ahli muzik yg terkenal spt Mozart. Hasil kerja Mozart ada dimainkan di sini sampai ke hari ini.
Arc de triomphe du Carrousel - triumphal arc berdekatan muzium Louvre
Les Hallas - kalau tak silap kiter bekas tapak market yg pernah popular satu masa dulu. Market ni berhampiran dgn KFC halal.
Centre Georges Pompidou - Pun tak jauh dr KFC, bangunan ni ialah muzium of modern art.
Hujan yang agak lebat tak memutuskan semangat kiter menapak dr Eiffel Tower ke Pont de Greenelle demi nak tengok French Statue of Liberty. Ni kira warm-up sebelum tengok yak New York punyer .
Sejak tengok kartun The Hunchback of Notre-Dame (edisi 1996), bercita-cita sangat nak tengok Notre-Dame ni. Sebenarnya nak tengok character Hugo, Victor & Laverne. Tiga gargoyles yg jadi besfren Quasimodo kat dalam cerita tu. Kalau naik ke atas Notre-Dame ni, boleh ambil gambar gargoyles tu dekat2. Tapi kiter rasa cam tak selesa nak naik cathedral tu. So babai2 jeklah Hugo, Victor & Laverne from a distance .
Uwaa...nak balik UK dah... babai korang semua...korang semua tourmate yg mabeles!!!
Mr. Henri dgn KC crew. Mekasih Hairul, Najib & Udo sbb berusaha jadikan holiday kitorang BEST!!!
Stunning evening in Paris
Au Revoir Paris
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Apr-2008 16:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bonjour monsieur...
|
|
Akhirnya weekend datang lagi... barulah dapat nak update fp ni. Nak sambung balik cerita jalan-jalan europe yg telah tergendala seketika.
So amacam snow kat Swiss? Best kan? huhuhu...kiter sedih woo nak tinggalkan Swiss. Swiss pun cam sedih kitorg nak tinggalkan dia sbb hari nak bertolak tu hujan ice dan snowing sepanjang jalan... . Anyway, perjalanan terpaksa diteruskan ke destinasi percutian yang seterusnya...P.A.R.I.S.
Jauh humang aih dari Swiss Alps ke Paris. 9 ke 10 jam jaraknya termasuk beberapa kali berhenti rehat. FYI, ada rules utk Germans driver. Udo driver Kelana Convoy (KC) perlu stop every after > 2hrs driving untuk rest selama 30 - 45 mnts. Kiter suka rules ni. Dapatlah turun sekejap untuk melunjurkan kaki dan beli jajan kat R&R. Walau camner pun, sepanjang perjalanan takler boring in fact journey ni yg paling best sbb selain tido dan tgk DVD, hari tu kitorang main teka-teki dan game. Memula Hairul bagi teka-teki semuanya macam tak respond jek. Bila Hairul kata asal angkat tangan utk cuba jawab dapat hadiah dan hadiahnya asam boi...barulah meriah!!! malah jadi melarat-larat plk. Macam-macam teka-teki keluar...lawak-lawak... kalau korang terer cuba jawab ni. Kalau anjing jadi ayam, kucing jadi ayam, ayam jadi aper? Kalau korg dapat jawab, korg belilah asam boi buat hadiah kat diri sendiri .
Lepas puas berteka-teki, kitorang main kotak beracun. Siap dengan background muzik lagu perancis. isk... isk...saspen...nasib baik kiter tak terkena racun kotak tu huhuhu. mereka2 yg terkena tu kena buat macam-macam . sportinglah korang!!! kelako... anyway, game yg paling enjoy ~ main pasing passing ~ kitorang dibahagi kepd dua team. team kiter (row belah kiter dalam bas) diketuai oleh Mr. Henri dan dia namakan grup kitorang 'Itik Gantung'. sabor je ler... melawan kumpulan di row sebelah yg diketuai Badrul. Nama grup diorang ialah 'Masak Asam'. Hairul/Najib akan namakan satu brg, kitorg kena pass brg yg diminta tu dari belakang bas hingga ke depan. Row paling cepat dapat satu point. Itik Gantung bersungguh-sungguh memberi saingan kat Masak Asam. tapi sorilah masak asam, teammate kitorg kat line belakang tu punya cekap. siap stokin pun diorg boleh sediakan yak baru...kaler pink lagi... (hanya mereka yg berada di tempat kejadian faham ni ).
Bila dah dekat nak sampai Paris, kitorang belajar French pula. Siti dr Edinburgh ajar kitorang. KC kata org French ni terlalu proud of their language. So kalau kita nak mereka layan kita, eloklah kita berusaha cakap French sket2 dgn diorang ni. At least start dengan Bonjour.
Akhirnya...sampai jugalah kami kat campsite di Paris.
| Quote: | Fakta L.O.J.I.N.G
Cabin kami di Paris terletak di Joinville le Pont. Berada di persisiran River Marne. Antara landmark penting di kawasan ni ialah Parc du Tremblay. Ini cabin paling kecil sekali dr semua cabin yg kiter stay. Ada dua katil, satu para dan heater. Simple. Toilet/Shower tak jauh dr cabin cuma di belakang khemah masak dan makan yg ada dalam gambar ni.
Fakta M.A.K.A.N
Breakfast di Swiss - Nasi Lemak
Lunch dalam perjalanan ke Paris - Mee Hoon Goreng
Dinner - Nasi putih, courgette stir fry dgn ada lagi sayur lain tapi kiter tak ingat, sardin dan telur dadar. Kenyang sungguh...so tido dengan aman...zzzzzzz
|
The next day, semua tourmate ke Disneyland kecuali mr&mrs.henri. Kitorang dah pergi Disney Paris in 2004. Pastu baru-baru ni pergi Atok Disney kat Florida. so cukup-cukuplah tuh . Jadi berbekalkan map Paris, kitorang ronda Paris berdua... honeymoon in a romantic city gitu . Pada pendapat kiter, naik metro murah dan adventurous. Tapi sesiapa yg ada limited time di Paris, bolehlah naik sightseeing bas atau canal cruise. All day ticket utk Bas & Metro (tube kalau kat London) harganya EUR8.50 sorang. Kalau All Day Metro shj EUR5.60. Tempat2 yg kitorang berjaya visit di hari pertama di Paris...
Muzium Le Louvre ni memang kiter nak pergi sangat sbb ini muzium terbesar di dunia. Memanglah tersangat besar. Kalau nak telek semua display yang ada (menarik semuanya!), kena bertapa berhari-hari kat dalam tu. Disebabkan masa kitorg yg terhad, priority utama masuk ke muzium ni ialah untuk menatap gambar awek penuh misteri...cik MONALISA...
Place de la Concorde ni dahulu kala tempat memancung orang. Scary tak? Guillotine pernah dibina di sini dan biasanya upacara pancung akan dilakukan di depan orang ramai. Antara yang pernah dipancung di sini ialah King Louis XVI dan Queen Marie Antoinette. Monument di sebelah kiri fountain tu pula ialah The Obelisk. Batu yang berbentuk piramid itu adalah batu asal dari zaman firaun. The Obelisk ni telah dihadiahkan oleh kerajaan Egypt. Terdapat banyak obelisk asli di serata dunia. Antaranya di Victoria Embankment, London dan Washington D.C. USA.
Within Les Invalides is the final resting place of Napoleon Bonaparte.
Arc de Triomphe ni terletak di tengah-tengah roundabout paling sibuk di Paris. Kat roundabout ni ada 12 junction. chaotic habis... Biasanya kalau di roundabout, pemandu di setiap simpang berhenti dan drive masuk ke dalam bulatan kalau line clear. Tapi roundabout di Paris ni terbalik pula, pemandu di dalam bulatan kena berhenti untuk beri laluan kereta yg nak keluar dari simpang ... macam susah jek.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Apr-2008 19:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Swiss Alps
|
|
Sambungan dari entry ~ Luxembourg ~
Dari Luxembourg kami teruskan perjalanan ke satu tempat yang kiter tak sabar-sabar untuk tinggalkan tapak kaki kat situ iaitu Switzerland atau lebih spesifik lagi Swiss Alps. Dari Lux kami lalu Germany dan France, termasuk Strasbourg. Strasbourg was chosen as the headquarters of the Council of Europe. Since 1979 it has been the seat of the 15-member European Parliament and the European Court of Human Rights since 1994. Hehe ...ini semua info yg kiter dapat dr tour guide Kelana Convoy (KC). Hairul memang selalu bercerita sepanjang perjalanan dan kiter pula memang minat nak dengar. So tak pasal-pasal korang pun kena baca gak fakta-fakta ni. Jangan stress ok... .
Di Strasbourg, kami tengok sungai Rhine. River Rhine ni berasal dari Swiss Alps dan salah-satu sungai terpanjang di europe yang menjadi sempadan antara France dan Germany. Selepas melintasi border Switzerland, Hairul mula cerita ttg Swiss pula. Swiss, sejak WWI mengamalkan sifat neutral. Swiss tak memihak ke mana-mana negara. Terlibat dalam perang cuma untuk bantuan medical - RED CROSS. Disebabkan Swiss aman, negaranya mempunyai ekonomi yg kukuh dan menjadi tarikan untuk orang simpan duit. Mesti biasa dengar tentang Zurich Bank kan. Tambah menarik di Swiss ada bank yg hanya menggunakan nombor je sebagai ID while other details are disclosured .
Kos labor di Swiss sangat mahal, jadi untuk compete dengan world economy, Swiss go for Quality. Banyak produk berkualiti tinggi seperti big machinery dan precision engineering, e.g. jam, originated from Swiss. Mesti korang pernah dengar nama-nama brand Swiss ni spt Swatch, Tissot, Swiss Military & Victorinox. Jadi bila berada di Swiss, jgn lupa dapatkan barang-barang ni utk dibuat kenangan .
Satu jam sebelum sampai ke Interlaken, kami dah boleh nampak Swiss Alps yang terbentang di depan mata. Panoramic view dari kanan ke kiri. Hari cerah masa tu, SubhanaAllah cantiknya view. Kiter tak snap gambar sbb bajet nak ambil gambar diluar, takmo dari dalam bas yg of course akan ada reflection dari cermin bas. Rupanya panas masa tu je, bila kami sampai di Lauterbrunnen hari hujan membawa ke snowing. So view terbatas dek kabus.
60% pergunungan Alps berada di Swiss dan bahagian2 lain termasuk di dalam negara-negara seperti France, Austria & Itali. Jungfrau telah dikatakan puncak tertinggi dan dipanggil TOP OF EUROPE. Saya diberitahu sebenarnya puncak tertinggi ialah Mont Blanc. Jungfrau ialah 'most commonly accessible top of europe'. To be exact orang ramai bukan naik sampai Jungfrau (4158 m) pun tapi cuma boleh sampai Jungfraujoch je (3454 m). But still tinggi juga tuh... Kat atas tu tarikan paling utama ialah of course scenic view. Kami diberitahu jika snowing lebat spt yang berlaku semasa kami di sana, besar kemungkinan tak nampak view pun. Ada beberapa tourmate yg naik sampai ke Jungfraujoch pun kata mereka tak nampak nice view sbb keadaan terlalu berkabus dek snow turun lebat. Tapi masih boleh jalan indoor tengok Ice Palace dll. Untuk yang nak main sledge dan ski, Kleine Scheidegg (2061 m) is the best spot. Mr & Mrs Henri memang aim nak main dua benda ni so kami tak naik sampai Jungfraujoch tapi spend all day di Kl. Scheidegg.
Perjalanan naik ke Kl. Scheidegg dr Lauterbrunnen memakan masa lebih kurang sejam. Tapi terasa macam sekejap je sbb leka menikmati pemandangan yg sungguh cantik. Snow tengah turun lebat masa tu, so kiter dengan jakunnya menadah snow dr tingkap keretapi dan tak habis-habis bergambar, tu yg terasa perjalanan 1 jam tu sekejap jek. Kos keretapi masa tu:
Lauterbrunnen to Kl. Scheidegg - 50 Swiss Franc
Lauterbrunnen to Jungfraujoch - 135 Swiss Franc
Setelah sampai di Kl. Scheidegg, kerja giler aku pun bermula ... snow masih turun lebat so banyak spot ada snow membukit yang gebu-gebu gitu ... apa lagi...segala tempat kiter nak landing...segala tempat kiter nak panjat, terjun-terjun dan golek-golek . Bila tetiba snow turun lagi lebat ditambah ada angin kuat sket baru reti nak masuk dalam bangunan utk cari air panas (madah berhelah mr. henri jek ni sbb dia takut camera dia basah hahahah ).
Bila tengok snow lebat macam tu, kami pun cancellah niat nak ski. Tapi tetiba nampak mak cik (mak saudara Badrul) dan Nabil (anak badrul umur 7 thn) serta Farid (another tourmate) tengah syiok main ski. Kami pun disuntik semangat baru... Apaaaa?!!! Makcik Alimah yg umur 50an pun main ski?!!! Tabik...tabik ... takleh jadik ni... takleh dibiarkan ni ... teruslah kami pergi sewa sledge dan ski. Kos sewa:
Sledge - 10 Swiss Franc
Satu set ski utk adult - 63 Swiss Franc
Sewa kasut yg selesa sket - 15 Swiss Franc.
Selepas dah main sket, Mr. Henri dapat idea canggih. Dia nak ski turun dari Kl. Scheidegg ke bawah sket pastu naik semula dgn train. Utk perserta cycling Carsington Water, ingat tak expedisi cycling membuta-tuli kita? Same kes here, tanpa check map, kitorang ajak Farid sekali pergi ski turun ke bawah. Chronology of event:
- Kiter pakai sledge masa tu, bila sampai tempat rata, tak best ler sbb sledge tu tak luncur. So malas nak continue. Kiter patah balik.
- Farid ski sampai ke depan, tetiba dia rasa tak seimbang. Farid ingat pesan abg riko dia, 'kalau tak seimbang, jatuhkan badan'. Farid pun dengan aksi ala-ala James Bond, jatuhkan badan tapi saper suruh ko jatuhkan badan kat pokok dik oi . Farid...Farid... . So Farid pun surrender, dan patah balik.
- Tinggallah Mr. Henri ski sorang-sorang.
Bila nampak Farid, patah balik, kiter dah risau sbb Iko ski sendirian. Masa tu kiter dah baca brochure yg ada tunjuk ski track. Mak aih dari map pun dah boleh nampak track tu punyalah mencabar. Tunggu punya tunggu...punya tunggu... Mr. Henri tak balik-balik gak. Ada dekat dua jam lebih kot. Rupanya itu buah hati sudah turun dari Kl. Scheidegg ke Allmend . Jaraknya kalau naik train pun dalam 40minit . Lebih dr separuh perjalanan train dr Kl. Scheidegg ke Lauterbrunnen. Bila tengok Iko sampai dgn train, lega hatiku, mamat tu pulak dah lain macam jek rupanya . Mana taknya... turun track dahler jauh, mencabar tahap gaban plk tu (utk beginner yg baru kali kedua pegang kayu ski). Tabik respect le yayang oi . Kira break record utk diri sendiri . Part pengalaman ski tu, insyaAllah kiter akan suruh Mr. Henri cerita sendiri kat FP ni.
Sementara Mr. Henri berhempas-pulas menawan Swiss Alps dengan kayu ski, kiter enjoy dalam risau main sledging dan buat snowman dengan Nabilah dan Nabil.
| Quote: |
Fakta M.A.K.A.N.
Breakfast ~ Bubur nasi dan ada rencah dalam bubur tu spt udang & sayur. Kiter memang suka sgt bubur nasi dan yang buat kiter berselera sangat pagi tu ialah telur masin. Mak aih...kat Swiss Alps pun boleh pekena telur asin tu. Tenkiulah KC!!! Simply the best!!!
Lunch - Ikut rancangan takde lunch sbb memasing sedang berada di atas puncak Swiss Alps. Tapi KC sediakan juga Maggie Goreng. So bila turun dari Kl. Scheidegg petang tu, kiter memang dah lapar tahap gaban, memang gigil-gigil layan maggie...arhhh nyaman F&N sarsi... . Makanan kat puncak gunung tu mahal ler... tu yg tahan perut jek.
Dinner - malam ni barulah pekena Nasi Lemak Special yg kiter tersalah cetak kat entry Luxembourg tu.
Fakta L.O.J.I.N.G.
Cabin kali ni berada di Schützenbach Campsite yang terletak di Lauterbrunnen. Cuba tengok kat gambar bawah ni. Nampak campsite kitorg sayup-sayup dari Wengen. Kat lembah rupanya. Ada air terjun cantik dekat dgn campsite tapi mungkin gambar ni terlalu kecil utk nampak air terjun. Korang tgk pakai kanta pembesar eh . Cabin ni comel je. Ala-ala rumah panjang. Ada heater, so selesa. Dinding cabin ni boleh tahan nipis gak. Kalau Syarqawy & Madihah cakap kuat sket je lagi, kitorang pun boleh tumpang sekaki dengar gossip diorang dari bilik sebelah . Tapi sbb pengantin baru tu cakap bisik-bisik so tak jelaslah biji butir perbualan diorang .
|
| Quote: |
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? dan gunung-gunung sebagai pasak?” (Surah An-Naba’, 78:6-7)
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk” (Surah Al-Anbiyaa’, 21:31)
|
Video by somebody named timow2s... Layan...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 21:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Luxembourg
|
|
Pada 1hb April Fool 2008 tepat 10:13 a.m (waktu europe), kami crossed border Belgium - Luxembourg. Luxembourg ni sebuah negara yang kecil tapi kaya dengan bank and financial institutions. Kat Lux, tax untuk minyak dan rokok rendah jadi dua item ni jauh lebih murah di Lux compared to other european countries. Saya diberitahu ada sebuah stesen minyak di border Belgium - Lux sentiasa penuh sesak sbb orang ramai nak isi minyak sebelum keluar dr Lux. Rokok addict pun tak lepas peluang dapatkan stok gak di sini.
Sampai di Lux, Hairul & Najib Kelana Convoy (KC) bawa kitorang ke Place de Armes (kat tempat ni ada macam-macam kedai). Kemudian ke 'Place de la tak ingat namanya' . Tapi kat sekitar square ni ada bangunan-bangunan di bawah.
Next venue, Grand-Ducal Palace. Ni ialah kediaman Grand-Ducal family, iaitu The Grand Duke of Luxembourg Henry. Henry berkahwin dengan isterinya Maria-Terese yang dikenalinya semasa belajar di universiti. Acewah...samalah macam kisah pertemuan Mr. & Mrs Henri gak .
Lepas tu kitorang jalan ke Corniche aka the most beautiful balcony of europe. Dari sini boleh nampak superb panorama gaung di Luxembourg. Rasanya gaung ni ada namanya tapi kiter tak ingat dah. Saujana mata memandang. Cuuunn... di bawah Corniche ni ada casemates aka kubu bawah tanah. Kiter tak masuk, tapi kengkawan yg masuk kata cantik kat underground tu. Bayaran masuknya tak mahal. Kalau tak silap antara 1 ke 2 EURO.
Lepas tu acara bebas untuk ronda-ronda sekitar Lux. Banyak juga tempat kiter round. Cuci-cuci mata pastu makan kebab jap. Last sekali melepak di Place de la Constitution sementara tunggu bas datang. What a view dari sini... SubhanaAllah...
| Quote: | Pembetulan... dinner nasi lemak sebenarnya malam esoknya. tak larat nak baiki once dah upload. shorry... malam tu dinner spaghetti + sos bolognese inti tuna + tomato + peppers dll. Tak ingat apa lagi intinya tapi bukan main meriah lagi sos spaghetti tu. Sedap sehingga licin mangkuk. | .
Kiter pernah belajar tentang khuf ni tapi tak pernah amal bila bermusafir. Since Hairul KC ada mention dan ajar kami konsep khuf ni, kiter pun praktikan dan nak pass forward ilmu ni utk kebaikan bersama.
| Quote: |
PENGERTIAN KHUF
Khuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian kaki yang diwajibkan basuh ketika berwudhu’ iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.
Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalam berwudhu’. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara‘ untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.
CARA PENYAPUAN KHUF
Tempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:
“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf) selama tiga hari dan tiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam bagi orang yang bermukim”.
Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat hadath sama ada berwudhu’ atau mandi mengangkat hadath.
Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada mengambil wudhu’ atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai kedua-dua belah khuf tanpa ditanggalkan lagi selama satu hari satu malam (24 jam). Apabila ia terbatal wudhu’ dengan sebab hadath kecil dalam tempoh 24 jam itu, maka ia mengambil wudhu’ semula tetapi bila sampai giliran membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknya menyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki. Begitulah seterusnya setiap kali mengambil wudhu’ dalam tempoh 24 jam itu. Apabila tamat tempoh 24 jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula ketika mengambil wudhu’ baru dan bermula pula tempohnya.
SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF
1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.
2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu’.
3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa.
4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.
5. Khuf yang tidak meresap air.
6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF
1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas.
2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.
3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir.
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Apr-2008 19:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I miss you Belgian's waffle ;)
|
 |
|
The Royal Palace
|
|
 |
|
Elegant shopping mall in Brussel
|
|
 |
|
Tintin was created by a Belgian artist, Herge
|
|
|
Sambungan dari entry ~ Bruxelles oh Brussel ~
Busy dgn kerja sekolah plus demam sket jadi tergendala mood update fotopages ni. Anyway here are some pictures from Brussel City with brief descriptions for each of them.
The Royal Palace
This building was quite far to be reached by walking. Luckily, Kelana Convoy's driver, Udo, was kind enough to make a stop for 5 minutes for us to take a shot at this beautiful architectural building. Mekasih Udo!!!
The Grand Place
This square is surrounded by important buildings. It is the centre of official festivities and big public events. Every two years, on the weekend of 15th August, carpet of flowers is created in the middle of Grand Place.
Some buildings surrounding the Grand Place:
i. L'Hotel de Ville (The Town Hall)
ii. The corporation houses, which were under construction the time we were there. These houses represent boatmen', tailors', butchers' and archers' houses as Grand Place used to be Brussel's City first trading area.
iii. House of the Dukes of Barbant (second picture, building on the right).
The Legend of Manneken Pis
A visit to Brussel will not complete without a visit to the Manneken Pis (so we've been told ). According to legend (Kelana Convoy told us different legend, but I kinda like the one that I was about to type ), this little boy extinguished a fire, thereby saving Brussel from disaster. From that day, he became the most well-known citizen of Brussel! . macam...macam... I was told this statue has been kidnapped several times. No wonder CCTV is installed near him (it?).
Rue de Bouchers
On this street, lined numerous restaurants. I just love what they did with the food presentation. Siap ada deco...but wouldn't feel comfortable to snap a lot of pictures around here. Takut pekedai tu marah. Becareful with the mussels though, most of their menu is cooked with alcohol.
Besides mussels, other famous products of Belgium are lace and of course belgian chocolates. Berpinarlah mata tengok coklat kat sana tu. Terlalu banyak. And of course very tempting....
From all of the Belgians finest, I miss their waffle the most. Just yummeh...
Have a nice day frenzzz... I am out...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Apr-2008 16:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bruxelles ooo Brussel...
|
 |
|
The Atomium
|
|
|
Sambungan dari entry ~ Edam, Keukenhof & Amsterdam
Phew... dah selesai meeting dengan supervisor hari ni. Hasilnya dari meeting tersebut... of course tambah kerja lagi . Tension gue. Nasib baik hari ni supervisor ada puji-puji sket kasik kembang hati kiter . Bolehlah buat motivasi sehari-dua ni. Tapi yang tak best ada experiment urgent kena buat utk dipersembahkan (amboi macam bahasa istana ) result experiment tu hari Isnin akan datang ni. So disamping menunggu sample running kat dalam machine DSC, kiter sambung cerita Europe Holidaze ni.
Destinasi seterusnya mengikut itinerary Kelana Convoy (KC) ialah Belgium. Ni kiter quote dari penerangan tour guide kitorang, Hairul. Capital of Belgium is Brussel which is also the capital of Europe. Brussel telah dipilih sebagai capital of Europe by European Union disebabkan oleh masyarakatnya yg berbilang kaum. Bahasa yg biasanya menjadi perantara orang-orang Belgium ni ialah French, Dutch dan German. Di belah utara Belgium, kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Flemish yg guna bahasa Dutch. French pula disebelah selatan dan German di sebelah timur.
Sebelum ke Brussel City Center. Kitorang dibawa ke kawasan yang kiter tak dapat nak recall namanya setakat ni. Di kawasan ni ada bermacam-macam attractions seperti gambar-gambar di bawah ni...
Cun tak bebola ni? Oraiti...sebelum tu... ini bukan bola ye. Nama binaan ni ialah The Atomium. Mula-mula dibina pada tahun 1958. Percaya tak? Kat Malaysia baru nak belajar hidup merdeka, diorang dah bina bangunan yg modern camni. Binaan ni ialah skala besar iron crystal. Skalanya 1:160 billion. Strukturnya dibuat darpada steel sheathed in aluminium. Dalam 9 atoms yg disambung melalui escalators tu ada muzium, pusat sains dan masa saya ada kat sana, diorang tgh ada exhibition tentang modern design of furniture. Kalau dapat ambil gambar waktu malam mesti lagi best. Kiter ada nampak ada tompok2 kat sekitar atoms tu dan rasanya bila malam sure semua tu berlampu.
Sebenanrnya semasa kiter & iko layan atomium ni, semua tourmate lain sedang ronda-ronda dalam Mini Europe. Kat dalam tu ada miniature bangunan-bangunan menarik dan penting di negara-negara European Union. Nampaknya begitu best sekali (nampak dari dalam bas). Tapi sebab kiter & iko teruja sesangat dgn Atomium tu so decided takmo masuk Mini Europe dan spend masa di Atomium (maklumlah otak sains ). Lagi pulak kami ni dah banyak kali pergi taman yg berkonsepkan miniature. oops...jangan salah maklumat, mini europe ni memang menarik dan ternyata best sesangat sampai tourmate semua tak keluar2 dr taman tu walau times up . Salah satu lagi sebab yang saya suka berjalan dengan KC ni ialah flexibility. Kita boleh buat pilihan samada nak ikut program yg KC rancang atau kalau sebaliknya, KC akan suggests alternative. Tenkiu...tenkiu...
Dah! jom gie Brussel City pula...
| Quote: |
Fakta M.A.K.A.N
Breakfast ~ Roti dengan bermacam-macam sapuan. Tapi kiter makan roti cicah air teh-O. Lagi best...
Lunch – Nasi goreng berencah pak choy dan ayam goreng disiat2. Jangan membazir... pakai apa yg ada. Sedap sangat pulak tu. Masa kat campsite malam tu, kiter dok jengah-jengah kat kitchen kot ada lebih lagi nasi goreng lunch tu. Huhuhu .... Kitorang lunch di area Automium + Mini Europe.
Dinner ~ Nasi putih + Tom Yam (Ayam + Mushroom + Tomato + Beraneka pepper). Perghhh...sejuk-sejuk hirup tom yam panas... alangkah leganya... tambah sedap sbb kiter ngan iko yg chop peppers ).
Fakta L.O.J.I.N.G.
Le Roptai Campsite ni terletak di dalam kawasan hutan simpan Arden di Province of Luxembourg. Walau namanya Luxembourg tapi sebenarnya masih berada di negara Belgium (sebelah selatan). Diantara semua cabin yg kiter stay disepanjang trip ni, cabin kat Le Roptai ni yang paling best. Sebabnya ialah...toilet dan shower kat dalam cabin. Senang gue takyah siap cun2 semata2 nak keluar gie mandi. Bila dah shower pun dalam cabin, apa lagi...kiter pun membasuhlah baju-baju yg ada. Kes nak jimat coin laundry. Anyway, utk yg kaya sket boleh basuh baju kat laundry siap ada tumble drier (tak ler mahal sgt actually, just any cents matter matey...). Tapi ntah kenapa tumble drier tu tak mengeringkan baju pulak. Terpaksa kitorg (Syarqawy pun sama ), jemur baju kat dalam bilik. Pasang heater sampai dua bijik. tak pasal-pasal jadi sauna plk cabin memasing . Kemudahan lain dalam cabin boleh korg tgk sendiri dalam gambar. Pemandangan di sekitar cabin pun menenangkan dengan rimbunan pokok-pokok di hutan simpan Arden tu.
|
Opps... nanti sambung... tata for now...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 17:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edam, Keukenhof & Amsterdam
|
|
Sambungan dari entry ~ From England to Holland
Cheese & Clogs
Korang pernah dengar Edam Cheese? Kiter pernah dengar tapi tak pernah makan. Pada hari kedua, Kelana Convoy (KC) bawa kitorang ke Cheese & Clogs factory. Kat sini cheese dan clogs atau terompah kayu Holland yg popular tu, dibuat secara tradisional. Family yg empunya kilang ni dah buat cheese dan clogs sejak turun-temurun sehinggalah perwaris terakhir mereka beli Playstation 3 ( mamat Dutch yg demo buat clogs tu yg empunya lawak, so gelak jgn tak gelak). Cara-cara buat cheese ada diterangkan oleh awek Dutch kat situ. Tapi tak boleh nak ingatlah step by step procedures. Dan tak kuasa nak ingatkan sebab macamlah rajin bebenor nak buat cheese sendiri. Cuma yg kiter ingat setelah dicampur bahan A ke bahan B. Dikisar jadi granules. Taruk bahan C. Taruk dalam salt water. Letak perisa. Dan salut wax. Wax tu untuk shield cheese dari anasir2 luar spt bacteria dan moisture. Kalau korang beli cheese yg ada kaler merah tu. Jangan main bedal jek. Yang merah tuler wax. Koyak dulu wax pastu baru makan cheese kuning kat dalamnya. Ada juga cheese yg diorang smoke. Namanya smoked cheese. Macam-macam cheese ler ada... yang masin, masam, spicy dll.
Clogs yang terkenal di Holland ni biasanya diperbuat dari kayu poplar. Kiter pun tak pernah dengar nama kayu ni. Dari gaya mamat Dutch tu bentukkan kayu jadi terompah, nampak macam kayu ni lembut. Design terompah pula ada macam-macam jenis mengikut lokasi terompah tu dipakai. Ingat-ingat lupa, kalu tak silap terompah farmer depannya tumpul sket. Tapi terompah penternak lembu tajam sket. Buat sepak lembu katanya (sekali lagi mamat Dutch tu buat lawak...gelak...gelak ). Kalau wedding clogs biasanya ada ukiran-ukiran. Ukiran tu tersendiri, handmade dan selalunya mengambil masa berminggu-minggu utk disiapkan. Modern clogs siap ada roda pun ada. Terlupa pulak nak beli. Kalau beli, boleh kita layan roller bladding ngan Eija. Acah jek...yak roda tu diorang tak jual. Custome made kot. Karang korang salahkan kiter plk pergi jauh2 sampai Holland tapi tak dapat nak beli terompah beroda .
Keukenhof
Bunga-bunga terlalu cun sehingga tak dapat nak di gantikan dengan kata-kata. Tak caya tengoklah tulip-tulip ni...ishk...rasa macam nak tanam semua tulip tu kat rumah supaya boleh tengok hari-hari.
Amsterdam
Memandangkan hari tu hujan renyai on and off, kitorang naik bot je untuk sightseeing Amsterdam. Bayaran bot pun tak mahal. Lagi satu advantage nyer pergi dengan group ni sentiasa dapat group price. So jimat. Hairul & Najib, krew KC belikan tiket dan siap tunggu kat jeti lagi bila kitorang dah habis tour. Mula-mula diorang nak tunjukkan mosque tapi sbb kesuntukan masa, plus bila sampai campsite pun masih ada asar lagi, diorang kata solat kat cabin jek. Masa yg ada digunakan untuk acara bebas. KC supply map dan suggests tempat-tempat yg menarik untuk kitorang explore. Sesiapa yg rasa nak jalan-jalan lagi, boleh teruskan. Boleh balik sendiri. KC dah ajar cara-cara nak balik ke campsite. Tapi nampaknya semua balik ikut bas juga. Kes sejuk kot...so tak larat nak ronda2 Amsterdam malam-malam tuh. Sights of Amsterdam...layan...sebenarnya ada banyak sejarah dan fakta lain yg kita nak kongsikan tentang Amsterdam ni. Tapi masa mencemburui ku gitu...kena limitkan certain masa jek utk layan fp ni. Kerja sekolah dah Q la...
# Masa kiter dan Iko ronda2 di waktu acara bebas tu, tetiba terjumpa Malaysian Restaurant. Tapi disebabkan dah kenyang makan kebab, tak dapatlah nak jamu masakan kat situ. Nak rekomen pun tak beranilah kan... anyway, kiter tgk menunya takde jamon. Ada tanda Halal dan masa tu ada nampak beberapa orang melayu (bkn tourmate kitorg) tgh makan. Ni kiter letakkan alamatnya untuk benefit sesiapa yg nak ke Amsterdam.
Wau Malaysian Restaurant
Zeedijk 35
1012 AR Amsterdam, Netherlands
Tel: 020 4212487
| Quote: |
Fakta M.A.K.A.N
Breakfast ~ Roti (putih & wholemeal) sapu dengan macam-macam jenis sapuan yang KC sediakan. Ada jem, peanut butter dan spread coklat. Air panas pun macam-macam ada... teh, kopi dan hot ceklat. Nak 'O' buleh nak susu pun boleh. Kari lembu ada lebih dari malam sebelum tuh. Apa lagi...kiter terus tak main dah sapu-sapu jem. Roti pekena kari lagi ngam. Dah kenyang pagi tu, jalan pun tenang jek .
Lunch ~ Kebab. Hari ni seperti yg KC rangkakan, takde lunch. Tapi semasa di Amsterdam, krew KC bawa kitorang ke kawasan yang ada kebab halal. Nama jalan yang ada jual kebab halal di bandar Amsterdam tu ialah Damrak (utk benefit kengkawan yg nak ke Amsterdam). Kat area red light district pun banyak kedai makan halal.
Dinner ~ KC masak nasi putih + ayam goreng dan Pak Choy masak oyster + kicap. Pergh...layan...sedap betul. Tukang petik pak choy kiter plk tu...tu yg buat tambah sedap huhuhu . Air panas macam biasa ada disediakan.
|
|
|
| |